dah sampai

Monday, May 18, 2009

permulaan kepada pengakhiran
bermula menjelang esok
biarpun ramai yang kecundang
pasti ada yang terus teguh
mencapai pena menulis jawapan
menghadapi Physics dan ESL

Physics mungkin boleh diserang
pada titik kelemahannya, soalan subjektif dan
pengiraan.
namun melihat pada bahayanya serangan soalan esei,
tetap terbuka peluang yang tidak terjangka merempuh
melalui titik tersebut.

Melihat pada halangan kedua, ESL, diramalkan
oleh tukang tilik, patik mungkin menghadapi
sedikit kesukaran menilai dan mengenalpasti strategi
serangan musuh, hanya terserah kepada memanipulasikan
serangannya.

sama ada kata2 penuh hina
atau pujian yang dari mulut rakyat jelata sekalian
hanyalah merupakan bukti,
adakah cukup bayaran yang kita bagi
untuk mengecap kejayaan yang dicari?

menanti esok,
untuk menjawab persoalan
melihat masihkah
berbaki bayaran tersebut?
..........................................................................

menanti untuk ke Port Dickson,

dan cuti bersama keluarga,
menghantar ayahanda ke KLIA
hari isnin, untuk umrah

namun masih risau dengan
H1N1 yang kian merebak, durjana sungguh!

0 comments: