~we provide leverage~

Tuesday, May 19, 2009

baru lepas habis exam
exam second's sem final exam
fuhh!
payah tapi memuaskan hati!
sebab balik boleh tidur sepuas-puasnya
yes!!

btw, ada siri baru dalam AXN,
Leverage, mula tayang Isnin sebelum exam
hari tu.
5 bintangla boleh bagi

balik ni juga, nak tengok Kurosagi
drama jepun, 11 episod
pendek sahaja kot

satu perkara yang aku perasan, atau perasaan semata2
adalah temanya,
mengingatkan aku pada era Robin Hood,
tika dia ligat dan rancak mendominasi kaca televisyen
ya, dapat agak tak apa dia???
menurut firasat aku, maka jawapannya
keadilan dan kesaksamaan

tidakkah perkara seperti ini menganggu fikiran sihat
kita semua?
hidup ini tidak pernah adil?
masih terdapatnya golongan yang ditindas?
undang2 tidak berfungsi?
seperti yang biasa dilihat dalam filem hindustan
polis korup, pemimpin korup, organisasi pun korup
dan mereka ini, dalam realitinya wujud dan ada,
hidup aman bahagia?

melihat contoh yang lebih dekat
kita semua pasti terkesan dengan
kisah nurin jazlin kan?
hinggalah pada hari ini, pembunuh durjana itu
jika masih belum mati atau mendapat hukuman Allah,
pastinya sedang menghirup udara, dan mengalirnya
air minuman teh ais atau apa pun yang menyegarkan
tanpa sebarang kerisauan

di manakah keadilan?
untuk aku, persepsi baru untuk konsep
untuk melihat keadilan dan kepercayaan
PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT

kenapa?
kerana, aku percaya kepada keadilan mutlak
dan hanya akhirat yang dapat membawa hukuman
yang setimpal untuk manusia durjana tersebut

untuk mereka yang tertindas
karakter seperti
Robin Hood
Nathan Ford
Kurosaki
mungkin penyangak besar
tapi hero dan penyelamat mereka yang tertindas
namun percayalah, tupai itu melompat
namun sekali sekala pasti tersasar juga lompatannya

bila sampai masanya
kita akan gelakkan tupai itu jua
jadi bersabarlah
dan tunggulah masanya
...............................................................................................
masih teringat tagline Nathan Ford,
~we provide.......leverage~
cool!huhu

0 comments: