Kembali semula

Wednesday, August 4, 2010

Semalam kawanku, Faiz berkata
"Dia tak deletela blog kau, kau nak continue bole je"
Lebih kuranglah tu.
Jadi, aku di sini semula.
Untuk apa?
Kemana blog ini akan bawa aku selepas ini?
Adakah akan terbengkalai seperti dahulu?
Ataupun jauh sekali daripada itu?
Satu sahaja cara mengetahui...

Ketetapan

Friday, August 14, 2009



One of my favourite song, and
a very beautiful hadith to share with

Apabila tibanya masa untuk memilih

Sunday, August 9, 2009


Kiri atau kanan, di tangan anda


Adapun benda yang kita tak suka
tapi sebenarnya ia adalah yang terbaik
untuk

adakala tiba sesuatu yang kita sangat suka
tapi mungkin sebenarnya ia mimpi ngeri
kita selamanya

buatlah pilihan yang tepat dan benar
...................................................................

Cukuplah di zaman kealpaanmu

Kesukanan-an

Saturday, August 1, 2009


Assalamualaikum
Salam sejahtera
Salam muhibbah

Setelah bersawang untuk beberapa ketika, maka
datanglah penyapu untuk membersihkannya
ada terasa nak tutup je blog ni, tapi biarlah
jari jemari yang lemah gemalai (auw!)
ini terus menari di pentas
pem-blog-an ini.

maka tersebutlah kisah kesukanan



tatkala dulu aku dengar konsep 5 atau 6S
pasal konspirasi Yahudi, Kristian etc
rasanya ramai yang pernah dengar...

baru2 ni, aku acapkali menonton filem2 berorientasikan
sukan, seperti The Longest Yard, Gridiron Gang
dan filem zaman dahulu kala seperti:
Remember the Titans
(banyak filem football la pulak)

Terbaru ni, di pentas anugerah ESPYS 2009
(kalau rasa x pernah dengar, google la sendiri ye!)
Nelson Mandela menerima anugerah kerana
sumbangan terhadap perpaduan penduduk Afrika
tatkala itu.

Mungkin banyak lagi contoh, tapi rasanya
cukup sekadar ini.
Semua ini membuatku berfikir kembali:
Sukan memusnahkan?
Dalam banyak aspek, YA, tapi sebenarnya
bergantung kepada cara kita menggunakan Sukan itu sendiri

Dalam tazkirah dulu, aku ada teringat
banyak benda dalam hidup kita adalah alat
tapi cara kita menggunakannya yang akan membawa
kita kepada Allah

Di tangan musuh mungkin memusnahkan,
tapi biarlah di tangan kita menyatukan
........................................................................................

Kalah teruk main boling,
dengan 'junior' plak tuh!
first time kot...
aduih! segan tul la

Menyapu sawang

Monday, July 20, 2009

sampaikanlah salam

Tuesday, May 26, 2009

kadangkala kebenaran itu mengguris hati
mungkin sekali kita telah terlalu lama hidup
dalam penafian
kebatilan yang menjadi asam garam dalam hidup
dan apabila kebenaran itu datang
biar sekuat manapun hujah dan dalil
tetap tertolak

sama seperti situasi Rasulullah dalam
menyampaikan kebenaran tentang Ilahi

kadangkala jua, penerimaan bukanlah
pada kebenaran, tapi pada penyampaian itu
sendiri.
jadi sampaikanlah kebenaran itu sebaiknya
agar hati2 itu terbuka untuk menerimanya
........................................................................................

~kubawa wajahmu, walau diriku jauh~

~we provide leverage~

Tuesday, May 19, 2009

baru lepas habis exam
exam second's sem final exam
fuhh!
payah tapi memuaskan hati!
sebab balik boleh tidur sepuas-puasnya
yes!!

btw, ada siri baru dalam AXN,
Leverage, mula tayang Isnin sebelum exam
hari tu.
5 bintangla boleh bagi

balik ni juga, nak tengok Kurosagi
drama jepun, 11 episod
pendek sahaja kot

satu perkara yang aku perasan, atau perasaan semata2
adalah temanya,
mengingatkan aku pada era Robin Hood,
tika dia ligat dan rancak mendominasi kaca televisyen
ya, dapat agak tak apa dia???
menurut firasat aku, maka jawapannya
keadilan dan kesaksamaan

tidakkah perkara seperti ini menganggu fikiran sihat
kita semua?
hidup ini tidak pernah adil?
masih terdapatnya golongan yang ditindas?
undang2 tidak berfungsi?
seperti yang biasa dilihat dalam filem hindustan
polis korup, pemimpin korup, organisasi pun korup
dan mereka ini, dalam realitinya wujud dan ada,
hidup aman bahagia?

melihat contoh yang lebih dekat
kita semua pasti terkesan dengan
kisah nurin jazlin kan?
hinggalah pada hari ini, pembunuh durjana itu
jika masih belum mati atau mendapat hukuman Allah,
pastinya sedang menghirup udara, dan mengalirnya
air minuman teh ais atau apa pun yang menyegarkan
tanpa sebarang kerisauan

di manakah keadilan?
untuk aku, persepsi baru untuk konsep
untuk melihat keadilan dan kepercayaan
PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT

kenapa?
kerana, aku percaya kepada keadilan mutlak
dan hanya akhirat yang dapat membawa hukuman
yang setimpal untuk manusia durjana tersebut

untuk mereka yang tertindas
karakter seperti
Robin Hood
Nathan Ford
Kurosaki
mungkin penyangak besar
tapi hero dan penyelamat mereka yang tertindas
namun percayalah, tupai itu melompat
namun sekali sekala pasti tersasar juga lompatannya

bila sampai masanya
kita akan gelakkan tupai itu jua
jadi bersabarlah
dan tunggulah masanya
...............................................................................................
masih teringat tagline Nathan Ford,
~we provide.......leverage~
cool!huhu